Back to IJN
Email Us at
heart@ijn.com.my
Call Us now
+60 3 26178200

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS:

  1. What type of medication can be delivered with MHD service?

    Apa ubatan yang boleh dihantar dengan perkhidmatan MHD?

    Only oral solid medications can be delivered with MHD service. Fridge item e.g. insulin, medication in liquid form e.g. syrup or lotion, pressurized canisters e.g. inhaler, psychotropic drugs and expensive items e.g. Viagra, Cialis and Bosentan are not eligible for the service.
    Hanya ubat dalam bentuk tablet atau kapsul boleh dihantar dengan perkhidmatan MHD. Perkhidmatan MHD tidak boleh digunakan untuk ubat yang memerlukan penyimpanan khas pada suhu rendah seperti insulin, ubat dalam bentuk cecair seperti ubat untuk batuk atau losyen, ubat dalam bekas tekanan tinggi seperti inhaler, ubat psikotropik dan ubat mahal seperti Viagra, Cialis dan Bosentan.
  2. When will I expect to receive my medication?
    Bila saya dijangka akan menerima bekalan ubat saya?

    Your medication will be delivered to you within 5-10 working days before the next collection date or after 10 working days from receiving your request, whichever occurs later. IJN will send you an email or SMS notification with the Poslaju Tracking Number, once the medications have been dispatched from IJN.
    Anda akan menerima bekalan ubat dalam masa 5-10 hari bekerja sebelum tarikh pengambilan ubat yang selanjutnya ataupun 10 hari bekerja selepas menerima permohonan anda, mengikut tarikh kemudian. IJN akan menghantar emel atau SMS dengan Nombor Trek Poslaju apabila ubat anda sudah keluar dari IJN.
  3. What if I am not available to receive the medication upon delivery?

    Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak dapat menerima penghantaran bekalan tersebut?

    If you have selected a nominee, the nominee must show proof of his/her identity card to the Poslaju delivery staff. If no one is able to receive the medications, Poslaju will leave a note for you to claim your medications within 7 days. Any unclaimed parcel will be returned to IJN. You will be charged accordingly if you require IJN to redeliver the medications.

    Sekiranya anda menamakan seorang wakil, wakil tersebut perlu menunjukkan kad pengenalan mereka kepada pekerja Poslaju bagi membuktikan identiti mereka. Sekiranya, tiada sesiapa untuk menerima bekalan ubat, Poslaju akan meninggalkan nota supaya anda boleh menuntut bekalan tersebut dalam tempoh 7 hari. Jika bekalan tersebut tidak dituntut, ia akan dihantar balik ke IJN. Caj penghantaran akan dikenakan sekali lagi sekiranya anda memohon penghantaran semula.

  4. What should I do if I have been admitted into IJN/other hospitals?

    Apa perlu saya lakukan jika saya telah dimasukkan ke dalam ward in IJN/ hospital lain?

    Please call IJN (+603 2617 8844) and notify Out-Patient Pharmacy so that we will not proceed with the delivery of the medications.

    Sila hubungi dan maklumkan kepada IJN (+603 2617 8844), bahagian farmasi pesakit luar supaya kami dapat menghentikan penghantaran ubat ke rumah anda.

  5. What if my medications is not sufficient due to a postponed appointment date by IJN?

    Apa yang perlu saya lakukan jika bekalan ubat yang dihantar tidak mencukupi akibat daripada penundaan tarikh temujanji di IJN?

    Please call IJN (+603 2617 8844) and notify Out-Patient Pharmacy so that we can recommend the next course of action for example to arrange for another delivery within 10 working days.

    Sila hubungi IJN (+603 2617 8844) bahagian Farmasi Pesakit Luar dan maklumkan kepada kami dengan segera agar kami boleh memberi cadangan untuk tindakan selanjutnya seperti memohon untuk penghataran tambahan dalam tempoh 10 hari bekerja.

  6. What if I do not receive my medications within the expected date?

    Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima bekalan ubat dalam tempoh yang dijangkakan?

    Call up the Poslaju branch in your area to trace your medication parcel or you can log on to www.poslaju.com.my to trace your parcel by using the Tracking number that you have received from IJN.

    Sila hubungi pejabat Poslaju berdekatan rumah anda atau layari www.poslaju.com.my untuk trek bungkusan anda dengan menggunakan nombor trek yang dihantar daripada IJN.

  7. What should I do if the parcel is damaged upon receipt of delivery?

    Apa yang perlu saya lakukan sekiranya bekalan tersebut berada dalam keadaan rosak semasa penerimaan?

    You should bring the parcel personally to the nearest Poslaju branch to make a report within one day of receiving the parcel.

    Sila bawa bungkusan yang rosak ke pejabat Poslaju berdekatan rumah anda dan buat laporan dalam tempoh sehari selepas menerima bungkusan tersebut.

Disclaimer: The information provided in this document is intended for informational purpose only and is subject to change anytime without further notice.

Maklumat dalam dokumen ini adalah untuk makluman sahaja dan akan ditukar pada bila-bila masa tanpa notis.